Dah masuk minggu ke -3 di KL…Sampai hotel pun dah rasa mcm 2nd home…hari2 bfast tmpt sama..dinner tmpt sama. Nak jalan jejauh cari makan malas pulak..dengan KL yang jem…time hujan lagi teruk…hrm…
Setelah hampir 5 bulan aku berhenti travel…skarang…kena start balik…selepas 2 minggu aku resigned, aku dah masuk dalam plan untuk travel dari KBR – KUL – MEL – KUL – KBR – KUL – PEN – KUL – KBR – KTN – TRG…dan yang menariknya dalam masa 25 hari … ( ye, kurang dari 1 bulan ) bagi yang selalu sangat travel, mesti ckp, ala…biasa la…25 hari…panjang tu masa…tak le rush sangat…hahahha…tp memandang kan aku dah lama ‘berhenti’ dari proses men’travel’kan diri, aku rasa amat rushing…lagi2 bila plan travel ni termasuk dalam cuti sekolah, yang membuatkan plan holiday aku terbantut…dan kerja akan di temani jalan yang JEM. Tetapi…seperti biasa…kerja kena buat, makan kena cari…nanti lapar…sape susah?
hari ni satu lagi ‘Keajaiban’ broadband maxis…terharu aku bila dapat melihat nombor sebegini…aahahahahahah…lebih dari package tuuu…
Wooosshhh…sepantas kilat…
Bermula dari Perayaan Tahun Baru Cina, Maxis masih lagi mempromosikan pakej unlimited data + Blackberry bold 2 dengan hanya RM2,459. Harga termasuk 1 tahun service blackberry unlimited. Berbaloi? Ye memang berbaloi. untuk setahun, anda jimat hampir RM1,080.
Dari kota bharu…bertolak ke Penang…untuk cuti Tahun Baru Cina. 3 hari di Penang, dapat pergi 2 kenduri, beli barang, layan anak sedara…
lepas tu…bergerak ke KL…memandangkan KL langsung tak jem, memang seronok la berjalan2…alangkah bahagianya bila drive…hahahahahah di KL pun, layan anak sedara sorang lagi…
Pergi je ke mana2 semua dah dalam mood nak bercuti…tambahan pula dengan cuti sekolah… yang terlibat secara langsung dengan sekolah, bertambah2 le gembiranya sebab sekolah cuti sampai seminggu…
Bersempena dengan Tahun Baru Cina ini… SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA kepada semua yang menyambutnye…1 Malaysia la katakan… sebab tak kira le raya apa pun…semua orang cuti… KL lengang, Penang , Kota Bharu JEM…
Setelah lama aku tak update blog, skang ni terada lebih masa sket nak tukar sket2 apa yang patut…so…new look! tp template tetap sama…
Content? pun sama…selamat menyambut tahun baru cina kepada semua rakyat di Malaysia!
Ya..sudah lama aku tak update blog….reason? seperti biasa…takde mende nak tulis….tp aku kengkadang kagum jgk dengan orang2 yang tak habis-habis idea untuk update blog…tabik2…
Last update … time sambut tahun baru 2010. Sekarang dah masuk bulan Februari. Dah abis dah sebulan dalam tahun 2010…apa yang dah berlaku? woh…sangat byk…dalam masa sebulan macam macam jadi…
Dalam bulan Januari ni jgk aku baru dengar nama tempat Kg Sg. Pas, Kuala Krai. Bila orang tanya “Kat mane Sg. Pas?” jawapan spontan yang aku dengar “Sebelah Sg UMNO” …..hahaha…. tak kesah la…janji Nama tempat Sg Pas ni, berdekatan dengan Sg Pahi. Kepada sesape yang selalu duk berulang alik dari Kota Bharu ke KL melalui Gua Musang, anda akan dapat tgk sign board dengan nama “Sg Pahi”…. nak tepat lagi…..Google Map Coordinates:
5°29’3″N 102°18’6″E
Kenapa Sg Pas?….saje je…ada sekolah kat sana…..82Km dari rumah….Hrm….Jauh tu…
Apa lagi? yang lain mungkin sama….tp…1 bulan ni aku rasa sangat le sekejap….


